about

Naqiah Athirah Bte Masmirwan
Umur bidadari dirahsiakan.
Sekolah Menengah Yusof Ishak Istana mendapat ilmu.
  Music Playlist at MixPod.com
archives
January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 June 2009 August 2009 May 2010 May 2011
links azwaniAYU
ikaCAHAYA
Azizzah
Farid
Izzul
Syahidah
hidayah
Template by Will Schaller
|
tidak ku duga disini berakhirnya cinta kita yang sekian lama
walau hanya setahun setengah terlalu banyak kita melalui bersama namun sudah tiba masanya ku harus berpaling arah
ku tak sanggup lagi untuk meneruskan cinta ini kerana diriku tidak lagi menyintaimu
ku bersalah namun ku tak bisa menerima kehadiranmu lagi
aku bingung aku resah aku bersalah
maafkan aku kerana keputusanku yang terburu-buru
maafkan aku kerana janji-janjiku yang tidak ku tepati
maafkan aku kerana diriku yang kurang sempurna bagimu
maafkan aku kerana aku tidak menyintaimu seperti dulu lagi
namun harus kau tahu aku akan selalu berada di sisimu
aku akan selalu doa akan kebahagiaanmu aku akan selalu mengharap yang terbaik untukmu
ku tau betapa susahnya untuk menerima segala ini dengan hati terbuka
namun ku harap kau dapat bahagia akhirnya dan hidup tanpa diriku
ku doakan yang terbaik untuk dirimu selamat tinggal, kekasihku |
Ma, kau amtlah istimewa meskipun tidak ku kata aku sentiasa mencintaimu setiap hari yang berlalu
Ma, kau indah bagai bidadari menyinari setiap hariku memberiku harapan untuk teruskan kehidupan
Ma, kau seorang yang ku puja melalui segala dugaan demi kebahagiaan semua walaupun dirimu terluka
Ma, kau amat memahamiku sentiasa disisiku terima kasih ku ucapkan kepadamu akan ku mencintaimu selalu kau selalu di ingatanku
Ma, hari ini akan ku hargaimu memberimu kasih sayangku memberimu kehargaanku memberimu harapan yang baru
Selamat Hari Ibu ikhlas dari hatiku |

keindahan kehijauan alam semula jadi
hidup seperti air sungai yang deras tiada hentinya
hidup seperti pokok yang tertinggi tiada limitasi
jika ingin berjaya haruslah kuat dan tabah menghadapi segalanya
dalam kehijauan yang tenang kekuningan bunga memancar bagai seseorang yang telah berubah untuk kebaikkan dirinya
seperti jalan yang harus dilalui untuk ke puncaknya tidak selalu lancar tidak selalu sukar
begitu juga hidup tak menentu kadang-kala hampa kadang-kala bahagia
haruslah jalani hidup dengan sabar dan penuh keyakinan
|
aku bersalahaku terlambat
masa tidak dapat diputarkan semula segalanya telah berlaku
aku gelisah akan masa silamku aku bersalah kerana tidak berfikir dulu
aku sedar seseorang itu bukan hanya harus memikir sekali sahaja
namun harus fikirkan tentang masyarakat tentang keluarga tentang kita
aku telah ragu-ragu membuat keputusan
aku menyesal dengan perbuatanku
aku sering terfikir sering mengimbas kembali masa yang telah berlalu
aku telah melakukan, sesuatu. sesuatu yang salah
namun apa yang bisa aku lakukan masa telah berlalu
haruskah aku lupakan sahaja dan bermula semula
aku butuh jawapan aku tidak dapat melakukannya sendirian
berilah aku jawapan berilah aku kesempatan
|
aku kesal dengan perbuatanku aku kesal dengan kesalahanku
namun aku ingin kembali ke pangkuanmu dan aku ingin diterima seperti dulu
dengan sekuntum mawar akan ku berjanji dengan sekuntum mawar akan ku menepati
terimalah ku kembali sudah cukup ku merana terimalah cintaku ini agar kita dapat bersama semula
sudah banyak yang ku lakukan hanya ingin kau menyaksikan perubahan, perubahan yang ada pada diriku
percayalah dengan perubahanku percayalah dengan janjiku
terimalah ku kembali dengan sekuntum mawar yang menjadi saksi kita bersama semula
|
anakdara muda telah dipelihara hingga membesar menjadi seorang insan yang berguna
namun hatinya sukar menerima apa yang telah tersurat dan tersirat oleh yang maha esa
dia tertanya-tanya 'mengapa ?' 'mengapa aku ?'
jawapan yang diberi, 'memang sudah tertulis' 'engkau istimewa '
dia menerima kebenarannya namun tidak rela sepenuh hatinya
dia tidak menyalahkan sesiapa hanya bingung dengan keputusan yang harus diberi akhirnya
apatah lagi dia akan direstui pada usia muda terlalu muda
kata orang tua mengelak dari segala fitnah,dosa dan maksiat namun mengapa ?
ada kebaikkan ada keburukkan kemungkinan bahagia akhirnya kalau derita ?
jika ditanya 'apa yang akan kau lakukan ?' 'agar segala keputusan mu' 'akan diterima oleh semua'
yang akan dijawab 'hanya berdoa kepadaNYA' 'dan meminta untukNYA menunjuk arah jalan' 'yang harus ku tempuhi'
anakdara muda harus rela dan menerima dengan hati dan minda yang terbuka
kerana segala yang tersurat dan tersirat olehNYA adalah yang terbaik tiada siapa dapat menghalangi
|
sejak ini banyak yang terjadi ada yang baik ada yang buruk namun apalah daya semunya sudah ditentukan oleh yang maha esa
kita hanya merancang Tuhan menentukan haruslah kita bersabar dengan cabaran yang diberi
memang sukar tidak ku duga tiada yang sempurna semuanya sama
|
|